Kisah I
Ekko ialah pemangsa senyap, sentiasa memerhati dan sentiasa bersedia. Dengan pengalaman bertahun-tahun kerja risikan dan pertempuran, dialah falko di atas Pulau Buangan, mengawasi sebarang petanda masalah. Kebanyakan banduan tidak pernah menyedarinya, tetapi apabila kekacauan berlaku, Ekko menyerang dengan ketepatan yang membawa maut—cepat dan tanpa belas kasihan.
Kisah II 🔒 1★
Skill luar biasanya membuatkan para pengawal menghormatinya dan mempercayainya sebagai penasihat utama. Namun, misi Ekko bukan sekadar menjaga ketertiban—dia sedang menjalankan tugas rahsia yang belum dikongsi dengan sesiapa pun.
Kisah III 🔒 2★
Bukan semua orang yanhg tahu tentang masa lalu Ekko. Nia, yang merekrutnya, mendedahkan masa lalu sebenar Ekko melalui saluran perisikan sendiri. Sebelum menyertai Pulau, Ekko merupakan ahli Penjaga Malam, sebuah kumpulan rahsia yang mendakwa memerangi jenayah global, walaupun motif sebenar mereka masih tersembunyi.
Kisah IV 🔒 3★
Misi sebenar Ekko? Untuk memantau rapat Platos, seorang bekas anggota Penjaga Malam yang aktivitinya telah menimbulkan kecurigaan. Ekko percaya bahawa Platos merupakan ancaman serius kepada organisasi dan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawal penjara, dia secara rahsia mengumpulkan maklumat tentang Platos. Dia yakin bahawa bila-bila masa saja musang tua yang licik itu akan bertindak.