Kisah I
Berry, si Beruang, merupakan salah satu banduan paling terkenal di Pulau Buangan. Pada pandangan pertama, ramai yang terkejut dan tidak percaya. Bagaimana seekor haiwan liar boleh dihumban ke penjara? Adakah haiwan ini tahu dirinya dipenjara? Persoalan seperti ini sering bermain di fikiran. Tetapi, apabila mengenalinya dengan lebih mesra, mereka akhirnya sedar yang Berry bukan beruang biasa.
Kisah II🔒 1★
Sebenarnya, Berry adalah hasil projek eksperimen rahsia di pulau, apabila penyelidik menggunakan isyarat elektrik untuk merangsang otak haiwan, menjadikan mereka lebih pintar dan patuh. Namun, satu insiden telah berlaku apabila sekumpulan beruang coklat menerima renjatan yang terlalu kuat. Kebanyakan beruang mati disebabkan renjatan, sementara yang lain bertukar menjadi Beruang Gergasi yang mengamuk, mencetuskan kekacauan sehingga pihak tentera terpaksa masuk campur. Tetapi Berry? Dia satu-satunya kejayaan. Kecerdasannya meningkat sehingga setanding dengan manusia!
Kisah III🔒 2★
Selepas kejadian itu, pada mulanya Berry menyamar sebagai beruang coklat biasa, menunggu masa dan mencari peluang yang sesuai untuk melarikan diri. Apabila para pengawal mula lalai, dia merampas peluang ini. Dalam satu usaha melarikan diri yang berani, dia mencederakan pengawal, memusnahkan peralatan penyelidikan dan mensabotaj data penting. Malah, Berry sempat menyamar sebagai kapten penerbangan dan hampir berjaya menerbangkan pesawat kembali ke dunia bertamadun sebelum dia akhirnya ditangkap semula.
Kisah IV🔒 3★
Kini, dipenjarakan akibat siri jenayah yang berat, Berry telah menjadi sensasi antarabangsa. Perbicaraannya disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, menjadikannya nama yang dikenali ramai dan mencetuskan teori peminat, meme, serta seni peminat yang berterusan. Namun, meskipun dia mendapat perhatian global, Berry langsung tidak peduli. Baginya, hidup di dalam penjara adalah syurga berbanding mimpi ngeri semasa eksperimen. Tiada lagi renjatan elektrik, tiada lagi ujian, hanya kehidupan yang bebas... lebih kurang.