Kisah I
Caesar adalah hasil daripada eksperimen biofusi yang penuh cita-cita, tetapi membawa bencana. Projek ini bertujuan untuk menggabungkan gen manusia dengan sifat daripada spesies lain, melangkaui batas evolusi biologi untuk mencipta mahkluk kehidupan baharu. Namun, eksperimen pantas menjadi tidak terkawal. Setiap cubaan penyambungan gen dan gabungan spesies membawa kesan sampingan yang semakin sukar dikawal. Akhirnya, makmal tersebut hancur lebur dalam satu kemalangan dahsyat. Dalam runtuhan, pasukan penyelamat terjumpa Caesar, makhluk separuh manusia, separuh beruk yang mengamuk.
Kisah II 🔒 1★
Walaupun komuniti saintifik meraikan eksperimen sebagai kejayaan yang mengubah zaman, bagi Caesar, ini sebuah tragedi. Tubuhnya yang telah diubah secara genetik menjadi penjara kekal, selamanya memisahkan dia daripada kemanusiaan. Eksperimen itu meragut banyak nyawa, dengan Caesar terseksa oleh kegilaan yang tidak terkawal. Ketidakstabilannya menjadikan Caesar ancaman kepada masyarakat bertamadun dan akhirnya dia dihumban ke Pulau Buangan, tempat dia hidup sekarang di bawah pengawasan berterusan.
Kisah III 🔒 2★
Namun, rasa bangga dan cita-cita Caesar tidak pernah goyah. Seiring waktu, dia mula menyesuaikan diri dengan tubuhnya yang telah berubah, secara perlahan membongkar potensi luar biasanya. Kekuatannya berkembang sehingga melampaui pemahaman manusia, memecahkan batasan spesies dan menjadikannya kuasa yang kebal. Penjara sentiasa bergelut untuk mengawalnya, berulang kali meningkatkan pertahanan bagi menghalang Caesar daripada melarikan diri atau lebih teruk, kemusnahan seluruh kemudahan sepenuhnya.
Kisah IV 🔒 3★
Sehingga ke hari ini, semua usaha ini nampaknya berjaya, tetapi Warden tidak dapat menghilangkan rasa gelisah yang masih berlegar. Setiap gerakan Caesar menunjukkan bahawa dia memiliki kuasa untuk memusnahkan segalanya, dia cuma memilih untuk menunggu… Tetapi, menunggu apa?